GLOBAL TREKKER - WORLD VENTURES MALAYSIA

Sunday, August 30, 2009

KH KOPI (KH COFFEE)



1. Bunga Pakma

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs).

Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan awet muda. Bunga Pakma juga digunakan sebagai ubat perangsang , buasir, dan untuk serikan muka wanita.

2. Tongkat Ali

Eurycoma longifolia Jack - Simaroubaceae

Nama lain

Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).

3. Mengkudu

Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia telah digunakan oleh penduduk Polinesia dan kepulauan Carribian dalam mengubati pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Buah mengkudu juga terdapat dalam bentuk jus. Spesis mengkudu adalah antara spesimen yang banyak tersebar. Antara faktornya ialah sifat daya tahan biji benihnya yang berupaya terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga putih.

Khasiatnya Membantu :

Tekanan Darah tinggi, Barah, Penyakit Jantung, Kencing Manis, Masalah Seksual, Lemah badan, Berat badan berlebihan(Kegemukan - obesiti), Masalah buah pinggang, Fikiran serabut, Alahan seperti alahan daripada makan udang dan ketam,
Arthiritis, Masalah penghadaman, Angin Ahmar, Masalah tidur, Ketagihan merokok, Masalah Penafasan, Kurang Tenaga, Batuk, Cacing, Gout, Asma, Resdong, Gastrik, Tumor, Luka Kecil, Kelemumur, Kebengkakan, Keracunan Makanan

4. Raja Satong

- menguatkan tenaga seksual, menguatkan penglihatan, resdong, gatal-gatal, sakit kepala

5. Halia Padi

- membuang angin gastrik, senggugut, kaki dan tangan kebas, batuk berkahak, melancarkan perjalanan darah, membantu
menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar - juga boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrin, sakit gigi, sakit
tulang, sengugut dan sesak dada.

6. Misai Kucing

Misai Kucing ialah herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Tingginya 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.